Faham Makna Sedekah, Kesusahan Dapat Dikongsikan
Oleh : Noreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Walaupun bukan sebuah kerajaan, namun dengan sokongan orang ramai telah berjaya melaksanakan program-program Kebajikan, membantu sesama insan.
“Walaupun kita bukan kerajaan dan kemampuan terbatas tetapi hasil daripada sumbangan individu yang mengerti kesan kehebatan sedekah itu, maka kita dapat berkongsi kesenangn membantu orang- lain yang didalam kesusahan,”ujar Pengerusi Majlis Tindakan DUN, PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.
Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis Sumbangan Hari Raya kepada Ibu Tunggal, Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Peringkat DUN Seberang Takir bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Seberang Takir di sini.
Katanya, Allah melipatgandakan pahala seseorang di bulan Ramadhan dengan banyak bersedekah dan bukan hanya melakukan banyak solat sahaja.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Cikgu Shukrimun Shamsuddin.
Seramai 100 orang golongan kurang berkemampuan termasuk fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim telah menerima sumbangan masing-masing.
Sehubungan itu, Cikgu Shukrimun menegaskan, sepatutnya tiada fakir miskin di Malaysia kerana negara ini adalah sebuah negara kaya dengan banyak sumber hasilnya.
Tetapi sebaliknya, kata beliau, disebabkan negara ini ditadbir oleh orang yang tidak beramanah, maka banyak cukai yang rakyat terpaksa tanggung, contohnya GST.
“Rakyat kini hidup didalam keadaan tersepit kerana kekayaan negara gagal untuk diagih kepada rakyat,” tambah beliau.
Sementara itu, seorang ibu tunggal Puan Norhasmida,53, yang sempat ditemui di dalam majlis tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberikan sumbangan.
Beliau berkata, dengan sumbangan yang diterimanya, dapat meringankan beban kehidupan seharian.
Beliau yang menghidap penyakit kanser tulang tahap dua, mempunyai 5 orang dan tinggal di rumat PPRT.“walaupun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 200 sebulan tetapi masih tidak mencukupi,
“saya terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan, yang memerlukan belanja yang agak besar,”ujarnya.
Dalam majlis yang sama, selain membantu mereka yang memerlukan, Dr. Khairuddin turut menyampaikan ‘duit raya’ kepada para petugas parti dalam DUN Seberang Takir sebagai menghargai pengorbanan mereka didalam menjayakan setiap gerakerja parti.