NegeriTerengganu

PAS Kemaman Agih Bantuan RM160K Sempena Ramadhan

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman telah mengagihkan bantuan sebanyak RM160 ribu sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kepada pelbagai golongan yang memerlukan.

Yang DiPertuanya Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, agihan tersebut merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak beserta wang tunai.

“bantuan tersebut merangkumi golongan kurang berkemampuan, fakir dan miskin dalam empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen Kemaman,

“kita berikan mereka barang keperuan asas, beras, gula, tepung dan minyak masak serta sedikit wang tunai buat belanja hari Raya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 120 orang guru dan pembantu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh Kemaman, guru dan kakitangan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, Pusat Pengajian Taman Islam dan pondok pondok pengajian serta kakitangan pejabat Wisma Purnama.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Naibnya Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam dan Bendahari, Haji Johan Ismail.

Ustaz Alias seterusnya merakamkan setinggi penghargaan kepada para penderma yang memberi sumbangan kepada PAS Kemaman untuk disampaikan kepada golongan miskin dan asnaf fisabillillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️