Home Berita PAS Kelantan

UPKN-YADIM sedia bekerjasama sebar dakwah

104
SHARE

KOTA BHARU, 20 Jan: Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood menyatakan kesediaan pihaknya untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang komited menyebarkan dakwah sama ada secara konvensional (bersemuka) mahu pun digital.

Kenyataan itu dibuat ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Kelantan Ustaz Mahadi Awang di pejabatnya, semalam.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah kolaborasi pihak YADIM dengan UPKN untuk mengadakan aktiviti lapangan bersama masyarakat terutamanya bagi program dakwah.

Menurut YB Ustaz Fathan, perkara ini sangat baik dan perlu diperkemaskan dalam gerak kerja tahunan UPKN supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya rakyat.