Home Berita PAS Kelantan

Doakan kesejahteraan rakyat Turki, Syria – YAB Ustaz Dato’ Ahmad

84
SHARE

KOTA BHARU, 7 Feb: Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyeru seluruh rakyat Kelantan mendoakan kesejahteraan mangsa gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter yang menggegarkan sempadan Turki-Syria, pagi semalam.

Beliau bersimpati dengan tragedi yang meragut nyawa di kedua-dua negara yang meningkat melebihi 4,300 orang.

Ustaz Dato’ Ahmad turut memaklumkan berdasarkan laporan Agensi Anadolu, 1,710 bangunan musnah di negara itu.
“Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan diikuti 78 gegaran susulan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendoakan keselamatan semua
warga Turki dan Syria serta operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terjejas dipermudahkan Allah SWT.