
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK NEGERI PERAK
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Tarikh: 17 November 2025
PAS Negeri Perak menyelar tuduhan liar dan provokasi politik murahan yang dilemparkan oleh Ketua DAPSY Kebangsaan, Sdr. Woo Kah Leong, yang mendakwa kononnya PAS “Mimpi Di Siang Hari” dan tidak menghormati kepelbagaian.
Kenyataan DAPSY itu adalah cubaan terdesak untuk memburukkan imej PAS dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang lebih mendasar, selain jelas bercanggah dengan semangat Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang menasihati pemimpin agar tidak menjadikan negara sebagai “rumah sengketa”.
Ketidakmatangan Politik DAPSY dan ‘Mimpi Di Siang Hari’
PAS Negeri Perak ingin mengingatkan Ketua DAPSY ini bahawa matlamat setiap parti politik adalah untuk bertanding dan menubuhkan kerajaan, sama seperti matlamat DAP. Nasihat murahan Sdr. Woo agar PAS fokus kepada “kerusi pertama di Sabah dahulu” adalah tidak relevan dan hanyalah satu taktik yang cetek untuk memperlekehkan usaha PAS. PAS berhak untuk berjuang di mana-mana sahaja di bumi Malaysia.
Dalam kesungguhan Perikatan Nasional (PN) menawarkan kepimpinan yang berintegriti, adil serta fokus membangunkan rakyat Sabah, bukan hanya ketika musim pilihan raya . PAS Perak melihat Sdr. Woo Kah Leong hanya cuba menghangatkan suhu Pilihan Raya Negeri Sabah dengan retorik politik murahan dan tidak berasas.
Dakwaan dan label negatif yang dilemparkan terhadap PAS hanyalah usaha terdesak untuk mengalihkan perhatian pengundi daripada tawaran sebenar PN. Sikap berpolitik Sdr. Woo Kah Leong yang bersifat serang peribadi menunjukkan ketidakmatangan politik dan kurangnya fokus terhadap isu-isu rakyat yang kritikal. Adalah lebih penting untuk DAPSY melihat kepada kegagalan mereka sendiri, yang kini terpalit dengan isu-isu yang membimbangkan rakyat.
Menyanggah tindakan yang bercanggah dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak
Tindakan Ketua DAPSY dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak meneruskan serangan peribadi dan politik dendam adalah bertentangan dengan semangat Titah Baginda yang disampaikan semasa Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Keenam Puluh Sembilan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 9 November 2025 yang lalu. Titah baginda secara jelas mengingatkan:
“Rakyat tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya, sedangkan negara lebih memerlukan sumber tenaga dan sumber kekayaan ditumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif.”
PAS Perak menasihatkan Sdr. Woo Kah Leong dan DAPSY untuk bersaing secara sihat dan membahaskan isu-isu substantif yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah, seperti kos sara hidup yang semakin menekan, akses pendidikan dan kesihatan, serta pembangunan luar bandar.
Rakyat Sabah yang matang mampu membezakan antara janji kosong dan tawaran kepimpinan yang benar-benar beriltizam. PAS Negeri Perak menyeru semua 1,784,843 pengundi yang layak mengundi dalam PRN Sabah kali ini untuk menggunakan kuasa undi mereka pada 29 November ini bagi memilih kepimpinan yang telus dan amanah.
Sekian, terima kasih.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค,
๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข (๐๐๐๐) ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ก





