Home Berita PAS Kelantan

AKSB sasar 30 jlh untuk menampung keperluan penduduk

70
SHARE

KOTA BHARU, 20 Jan: Air Kelantan (AKSB) mensasarkan kapasiti 30 juta liter sehari pengeluaran air di Loji Rawatan Air Kampung Telok untuk menampung keperluan penduduk di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa dan sebahagian Daerah Bachok.

Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata demikian pada sidang media Sempena Lawatan YAB Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di Loji Rawatan Air Kampung Telok, hari ini.

Dalam usaha mencapai sasaran tersebut, AKSB bersetuju untuk melantik pihak ketiga bagi penambahbaikan pengeluaran air daripada 10 juta liter sehari kepada 30 juta liter sehari seperti reka bentuk asal.

Sempena lawatan tersebut, sesi penerangan status projek disampaikan oleh Pengurus Besar AKSB, Datuk Ir. Dr Azuhan Mohamed.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, pegawai dan kakitangan AKSB.