Home Berita PAS Kelantan

Masalah perparitan akan diselesaikan segera – Ahli Parlimen Tumpat

124
SHARE

TUMPAT, 7 Feb: Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi turun padang meninjau masalah perparitan yang memberi kesan kepada berlakunya banjir di Kampung Chabang Empat baru-baru ini, semalam.

Katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri, beliau akan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah air bertakung khususnya berkaitan dengan perparitan.

Turut bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah, Penghulu Mukim Bechah Resak, Johari Mat Jusoh dan wakil-wakil penduduk.