Home Berita PAS Kelantan

Skim Cakna Suri, kerajaan negeri belanjakan RM1.47 juta

175
SHARE

KOTA BHARU, 8 Feb: Sebagai penghargaan khusus terhadap golongan suri rumah di Kelantan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Cakna Suri pada Januari 2020.

Sehingga Disember 2022, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1,473,700 untuk skim tersebut bagi manfaat 14,737 suri rumah yang menerima bantuan sekali beri (one off) RM100 setiap seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, untuk tempoh sebelumnya, suri rumah yang memohon dan layak, telah menerima RM100 seorang, berkat tadbir urus Kerajaan Negeri yang berhemat, pada tahun 2023 sumbangan tersebut ditingkatkan kepada RM200 seorang untuk 200 suri rumah yang layak bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, skim tersebut diberikan khusus kepada suri rumah sepenuh masa yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih serta berpendapatan isi rumah RM2,000 dan ke bawah.