Home Berita PAS Johor

Pusat Pendidikan Alternatif Cinta Syria Malaysia dan Nasyrul Quran terima kunjungan Muslimat Johor

1124
SHARE

Pusat Pendidikan Alternatif Cinta Syria Malaysia dan Nasyrul Quran terima kunjungan Muslimat Johor

20 September 2019

Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dengan kerjasama Lajnah Pendidikan dewan muslimat kawasan-kawasan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Pendidikan Alternatif Cinta Syria Malaysia, Selangor dan Nasyrul Quran, Putrajaya pada 20 September 2019 yang lalu dan telah disertai oleh 23 orang peserta.

Di Pusat Pendidikan Alternatif Cinta Syria Malaysia, para peserta disambut oleh para pentadbir, guru-guru dan pelajar yang terdiri dari anak-anak pelarian Syria di Malaysia.

Pengasas NGO Cinta Syria Malaysia, Saudara Musa al-Nuwayri Kamaruzaman memaklumkan, Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia yang juga dikenali sebagai Sekolah Kita 3 dirasmikan pada 12 Februari 2018 merupakan sebuah bantuan pendidikan yang disediakan oleh Cinta Syria Malaysia – CSM kepada anak-anak pelarian Syria untuk memenuhi hak pendidikan mereka. Sekolah ini memberi pendidikan kepada 70 orang kanak-kanak di peringkat tadika hingga sekolah menengah.

Seterusnya, para peserta dibawa melawat Nasyrul Quran, pusat percetakan dan pengedaran al-Quran yang kedua terbesar di dunia.

Pusat yang tersergam indah dengan hiasan dalaman yang mempersonakan ini mempamerkan al-Quran mushaf Malaysia yang dihasilkan oleh penulis khat tempatan.

Sungguh, al-Quran mushaf Malaysia dengan tulisan khat yang indah serta dihiasi motif yang sangat halus, teliti sangat mengkagumkan.

Menurut Ketua Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Puan Zuryati Yasin, Lawatan yang bertujuan memberi pendedahan tentang isu ummat Islam khususnya berkaitan pendidikan serta untuk meningkatkan kecintaan peserta terhadap kalam Allah ini memberi makna yang besar kepada para peserta.