NegeriTerengganu

Program Kacau Bubur ‘Asyura’ Rapatkan Ukhuwah

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Program Kacau Bubur Asyura yang dianjurkan oleh Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dapat merapatkan ukhwah di antara penduduk kampung.

Ketuanya, Hajah Napisah Ismail berkata, program yang berlangsung itu turut disertai oleh wanita Umno Kampung Baharu.

“Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

“Dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional di antara PAS dan UMNO, umat Islam sepatutnya bersatu hati bagi dan lupakan sengketa lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut di Dewan Sivik Kampung Baharu, pada semalam, 21 September.

Oleh itu, beliau sangat sukacita kerana program tersebut mendapat sambutan orang setempat.

“Saya berharap kerjasama yang baik ini dapat membuahkan hasil yang terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang”, ujar beliau.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan Timbalan Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️