Home Berita PAS Kedah

Musibah banjir Negeri Johor dapat perhatian Khidmat Malaysia Negeri Kedah

110
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 8 MAC – Musibah banjir yang mula melanda Negeri johor mendapat simpati daripada pelbagai pihak.

Tidak terkecuali, PAS Negeri Kedah bersama Khidmat Malaysia Negeri Kedah turut melibatkan diri bagi Misi Bantuan Banjir untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Sumbangan sebanyak 460 set pek makanan, 100 set kit kebersihan dan wang tunai berjumlah RM 12,000 telah diserahkan kepada Khidmat Malaysia Negeri Johor dan akan diagihkan dalam masa yang terdekat.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara adalah seramai 40,141 orang. Kesemua mereka ditempatkan di 202 PPS di lapan daerah.

Sebelum ini, kumpulan pertama daripada Khidmat Malaysia Kedah telah memulakan operasi mencuci di beberapa tepat sekitar Kawasan Labis.

Turut hadir ketika penyerahan sumbangan, YB Ustaz Ahmad Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Hajah Zailah selaku Pengerusi Khidmat Malaysia, Saudara Khairul Faizi, Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, dan YB Ustaz Mohd Azam, Ketua Penerangan Negeri Kedah.