Home Berita PAS Johor

Kami Turun Santuni Mereka

671
SHARE

Kami Turun Santuni Mereka

Pagi ini Ketua Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) dan Hubungan HNGO (HNGO) Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) turun menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga kaum India sekitar Permas Jaya.
Program ini adalah kerjasama dengan LPN dan HNGO PAS Kawasan Pasir Gudang.

Turut hadir En Ab. Aziz selaku Ketua LPN PAS Pasir Gudang, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pasir Gudang Saudara Narenderan A/L Rajamanikam dan Ketua Wanita DHPP PG Pn.N Mutumary a/p Nogaraju.

Menarik pagi ini turut hadir En.Sabapathy Ketua MIC Bahagian PG,En Vijayan Timb Ketua MIC Bhgn PG serta En.Manokaran a/l Govindasamy Ketua MIC Caw Bdr Baru Permas Jaya.

Program secara ziarah rumah ke rumah berakhir jam 11.50 pagi merupakan julung kali diraikan bersama pimpinan MIC Bahagian Pasir Gudang.

*#Sejahtera Bersama Islam*
*#Islam Memimpin Perpaduan*

Roslita Rohani
Ketua LPN HNGO DMPNJ