PAS Batu Sapi bantu mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Darat

Oleh : Mustaman Mustain 20 Mac 2018 BATU SAPI : PAS Batu Sapi bertindak pantas apabila membantu mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Darat dengan menghulurkan sarapan percuma kepada mereka. Sumbangan yang diserahkan pada pagi semalam itu dilaksanakan di lokasi kejadian yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid. Malah, PAS Batu Sapi sekali lagi pada sebelah petangnya hadir ke Pusat...

Pelancaran Unit UPAYA tanda kesungguhan PAS bela kebajikan rakyat

Oleh : Anna Tan TAWAU 18 Mac : Majlis Pelancaran Unit Pengupayaan Orang Kelainan Upaya ringkasnya UPAYA telah berlangsung dengan penuh meriah di Xocolatt Hall Hotel Emas, Tawau. Perasmian majlis  pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam ucapan  Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS bukan semata-mata parti politik, namun PAS juga adalah parti dakwah dan tarbiah...

JELAJAH HIJAU TITIWANGSA LUASKAN JAJAHAN DI ZON KERAMAT

JELAJAH HIJAU TITIWANGSA LUASKAN JAJAHAN DI ZON KERAM TITIWANGSA, 18 Mac 2018:Susulan kejayaan program Jelajah Hijau di Zon Pandan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa telah meneruskan program seumpamanya di Zon Keramat. Kali ini Alternative Riding Club (ARC) telah mengetuai anak-anak muda bermotor melewati 4 UPU di zon ini bagi menunjukkan kesediaan PAS untuk meletakkan calon di...

PAS Batu Sapi Lancar Tawaran Hadapi PRU14

Oleh : Aizal Samsaruddin 19 Mac 2018 SANDAKAN : PAS Batu Sapi pada sabtu lalu telah melancarkan Tawaran Batu Sapi di Amanson Signature Hotel dekat sini bagi menghadapi PRU14 yang bakal menjelang tiba. Tawaran itu disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung...

Khatan Perdana 4.0 : PAS Kinabatangan Konsisten Membantu Masyarakat.

Oleh: Basith Samad 19 Mac 2018 KINABATANGAN: PAS Kinabatangan yang terkenal dengan aktiviti kebajikan di daerah ini sekali lagi konsisten membantu masyarakat memerlukan apabila parti ini menganjurkan program Khatan Perdana bagi tahun 2018 semalam. Program yang diadakan pada tahun keempat ini bermula seawal jam 7.00 pagi dipenuhi oleh ibu bapa dan anak-anak untuk sesi pendaftaran dan ambil nombor giliran peserta khatan. Majlis perasmian...

Kemenangan Yang Ditunggu

Kemenangan Yang Ditunggu YB Ust Sallehen Mukhyi (Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PAS Kemaman ke 58) 1. Pilihanraya umum ke 14 mencabar. Hanya yang kukuh aqidah dapat menghadapinya. Pergantungan mesti kepada Allah yang menjadi sumber kemenangan dan sumber kekuatan. ان ينصركم الله فلا غالب لكم Jika Allah menolong kamu, tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu. 2. PAS parti siasah, dakwah, tarbiah. PAS tak pernah berhenti bekerja...

Halatuju & Pendekatan Gagasan Sejahtera Dan Pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera

SYARAHAN PERDANA PRESIDEN PAS “HALATUJU & PENDEKATAN GAGASAN SEJAHTERA DAN PELANCARAN MANIFESTO MALAYSIA SEJAHTERA” Astana Banquet Hall, Cyberjaya 1 Rejab 1439 / 18 Mac 2018 Mesej politik Islam yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera adalah untuk melakukan perubahan bagi memimpin negara, memperbaiki kerosakan, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, masyarakat dan...

PAS Pahang l Program bersiri untuk pelapis Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

TEMERLOH - 18/3/2018, Ahad, Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah Temerloh Pahang, Program Akademi Latihan Bina Nuqaba' (ALBANNA) 2.0, Dewan Pemuda PAS Pahang. Medan peperangan kita adalah medan peperangan tarbiyah. Prasyarat kemenangan sentiasa ditekankan tentang isu kualiti dalaman, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah selain kualiti luaran dan kuantiti. Ini yang tiada pada musuh. Justeru, letakkan tarbiyah pada kedudukan yang paling penting. Pesan...

Timbalan Presiden PAS Rasmi Serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Lima Kawasan.

Oleh : Mohd Ramlan Pandi 18 Mac 2018 SANDAKAN : Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 5 kawasan di sini secara serentak yang diadakan di Amanson Signature Hotel, semalam. Perasmian tersebut yang melibatkan Kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Libaran telah menghimpunkan petugas parti dari semua peringkat termasuk Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan...

PAS INGIN BINA MALAYSIA DENGAN ACUAN ISLAM

Oleh : Muhammad Irwan 16 Mac, Bandar Tun Razak : Membina Malaysia Sejahtera bererti rakyat Malaysia bukan sahaja aman dan sejahtera malah bahagia dan tidak dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, ulas Dr. Rosni Adam dalam program Sembang Santai Teh Tarik anjuran PAS Kawasan Bandar Tun Razak semalam. Ujar beliau lagi, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) adalah pendekatan yang...