Home Berita PAS Wilayah

JELAJAH HIJAU TITIWANGSA LUASKAN JAJAHAN DI ZON KERAMAT

1191
SHARE

JELAJAH HIJAU TITIWANGSA LUASKAN JAJAHAN DI ZON KERAM

TITIWANGSA, 18 Mac 2018:Susulan kejayaan program Jelajah Hijau di Zon Pandan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa telah meneruskan program seumpamanya di Zon Keramat. Kali ini Alternative Riding Club (ARC) telah mengetuai anak-anak muda bermotor melewati 4 UPU di zon ini bagi menunjukkan kesediaan PAS untuk meletakkan calon di Parlimen Titiwangsa dan merampasnya kembali dari Barisan Nasional (BN).

Program dimulakan dengan bacaan doa, edaran risalah dan pelepasan di Taman Tasik Datuk Keramat oleh Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Tn Hj Yaakob Omar. Beliau sendiri turut menyertai jelajah ini bersama dengan anak muda bagi berjumpa dengan penduduk di Zon Keramat ini.

“Dengan pembawaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), kita akan meneruskan jelajah di beberapa tempat yang dikatakan kubu kuat BN, sekitar Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Mini UTC Keramat. Tujuan kita ke sana bukan untuk menimbulkan ketidaksenangan, tetapi untuk menyebarkan tawaran PAS kepada warga Malaysia untuk PRU 14,” katanya.

Peserta jelajah turut ditekankan dengan elemen tarbiyah ruhiyah apabila sama-sama menunaikan solat sunat dhuha dan mendengar sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Raihan Abd Aziz.

“Anak muda perlu faham apa beza antara istiqamah dan taasub. Bila kita melakukan ibadah, solat, dan memperjuangkan Islam, itu dikira sebagai istiqamah. Namun jika bersungguh mempertahankan kebatilan, itulah yang dikatakan taasub,” pesannya kepada peserta jelajah.

Program yang turut disertai oleh AJK PAS Kawasan dan Ketua Zon Keramat ini diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Pasar Keramat.