Home Berita PAS Wilayah

PAS INGIN BINA MALAYSIA DENGAN ACUAN ISLAM

1585
SHARE

Oleh : Muhammad Irwan

16 Mac, Bandar Tun Razak : Membina Malaysia Sejahtera bererti rakyat Malaysia bukan sahaja aman dan sejahtera malah bahagia dan tidak dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, ulas Dr. Rosni Adam dalam program Sembang Santai Teh Tarik anjuran PAS Kawasan Bandar Tun Razak semalam.

Ujar beliau lagi, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) adalah pendekatan yang baru dalam politik negara meskipun cara ini sudah lama dibawa oleh PAS tetapi ia dijenamakan semula.

“Pendekatan BPMS yang dibawa oleh PAS sudah lama ada di dalam perlembagaan negara kita di mana kita kena menjaga kesucian agama dan kedaulatan negara kita dan ini menunjukkan PAS patriotik kepada negara kita.

“Politik ini sebenarnya dalam Islam adalah urus tadbir negara kita. Bagaimana kita mengurus masyarakat, bagaimana kita mengurus dunia, dan menggunakan agama mengurus dunia.

“Statistik yang terbaru menunjukkan pemimpin PAS tidak mempunyai sebarang rekod rasuah selama mengurus tadbir negeri bahkan tidak pernah disiasat oleh SPRM kerana PAS meletakkan taqwa sebagai perkara yang utama.” tegas Dr Rosni dalam memberikan perkongsian bagaimana Membina Malaysia Sejahtera.