Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang l Program bersiri untuk pelapis Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

142 views
SHARE

TEMERLOH – 18/3/2018, Ahad, Kompleks Pendidikan Al-Istiqamah Temerloh Pahang, Program Akademi Latihan Bina Nuqaba’ (ALBANNA) 2.0, Dewan Pemuda PAS Pahang.

Medan peperangan kita adalah medan peperangan tarbiyah. Prasyarat kemenangan sentiasa ditekankan tentang isu kualiti dalaman, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah selain kualiti luaran dan kuantiti. Ini yang tiada pada musuh. Justeru, letakkan tarbiyah pada kedudukan yang paling penting. Pesan Syed Qutb pada Ikhwan Sudan (mafhumnya) – “Jangan sokongan masyarakat yang meningkat pada kamu, menjadikan kamu lalai dari membina rijal (pejuang) yang thabat (teguh) dalam menghadapi apa jua rintangan dalam perjuangan.”

Perkara utama dalam kejayaan tarbiyah ialah hidup suburnya usrah. Kekuatan menghidupkan usrah sangat bergantung pada peranan nuqaba’. Oleh itu, pembinaan nuqaba’ mestilah diberi perhatian secara bersungguh-sungguh.

Ustaz Hazmi Dibok
Ketua Pemuda,

PAS Negeri Pahang