Atlet wanita jangan dedah aurat

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengingatkan semua atlet negeri ini untuk meningkatkan beberapa perkara berkait dengan etika dan kepatuhan syariat dalam bersukan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Islam tidak membenarkan permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral khususnya kepada golongan wanita. Menurutnya, wanita yang terlibat dengan riadah mahupun sukan hendaklah menjaga tatatertib digariskan agama bagi menjaga kehormatan. “Saya...

Sumbangan ‘back to school’ untuk amilin PAS

SHAH ALAM, 18 Disember : Menyedari akan kos kehidupan dan kos permulaan sekolah yang meningkat ketika ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) mengambil tanggungjawab amal utk menjaga kebajikan amilin-amilin PAS. Firman Allah yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Al-Maidah: 2) Ketua DMPNS Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan...

“Jadi ‘bersih’ bila masuk PH” – Dato’ Che Lah

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen Umno melompat parti menyertai PH adalah langkah menyelamatkan diri dari salah laku atau tuduhan yang terkait. Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi menyindir, menyertai PH merupakan jalan mudah membersihkan diri untuk menjadi sesuci Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Menteri Kewangan itu katanya, telah dilepas bebas daripada kes rasuah dihadapinya semasa...

PASTI Berperanan Beri Dimensi Baru Dalam Pendidikan

PORT DICKSON: PASTI perlu mengambil peranan yang lebih efektif dalam membawa dimensi baru dalam bidang pendidikan dengan mengambil peluang seluas-luasnya kewujudan teknologi baru.

Pimpinan PH: Jangan Cemarkan Kemuliaan Rasulullah SAW

PEMIMPIN PH: JANGAN CEMARKAN KEMULIAAN RASULULLAH S.A.W Firman Allah SWT: إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang hina. (Al-Ahzab:57) 1. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan mempunyai khususiat yang tiada pada manusia...

KEADILAN UNTUK ALLAHYARHAM ADIB : YANG TERBABIT MESTI DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN

SALAM TAKZIAH Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa berdukacita dan merakamkan takziah ke atas keluarga allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa rusuhan kuil Sri Mariamman. Pemergian beliau sememangnya ditangisi oleh seluruh rakyat Malaysia atas pengorbanan bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai anggota bomba dan penyelamat. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang soleh. Sejak kecederaan teruk yang ditanggung oleh...

Solat Ghaib Untuk Adib

Kenyataan Media Penerangan. 248/119 10 Rabi’ul Akhir 1440 | 18 Disember 2018 SOLAT GHAIB UNTUK ADIB Oleh : Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat https://m.facebook.com/kpenerangan 1. Mengiringi pemergian wira negara Al Marhum Muhammad Adib Mohd Kassim, Parti Islam SeMalaysia (PAS) meminta seluruh umat Islam dari seluruh negara mengadakan solat ghaib untuk Al Marhum selepas solat Isyak pada malam ini. 2. Solat ghaib ini boleh diadakan di masjid,...

LETAK JAWATAN

Kenyataan Media Penerangan. 247/118 10 Rabi’ul Akhir 1440 | 18 Disember 2018 LETAK JAWATAN Oleh : Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat https://m.facebook.com/kpenerangan 1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak agar dua orang ahli politik meletakkan jawatan ekoran isu rusuhan kuil Sri Mariamman bulan lalu. Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) YB Senator Waytha Moorthy, Kedua ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

Sekretariat OKU Prihatin Cakna Kebajikan OKU Seluruh Malaysia

Sekretariat OKU Prihatin telah lama ditubuhkan dalam organisasi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Mewakili suara OKU seluruh Malaysia termasuklah; - Kurang Upaya Pendengaran - Kurang Upaya Penglihatan - Kurang Upaya Pertuturan - Kurang Upaya Fizikal - Kurang Upaya Mental - Masalah Pembelajaran Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Tuan Mohammad Faizal Che Yusof sangat komited dalam melaksanakan Misi Prihatin OKU dibantu oleh seluruh Ahli Jawatankuasa nya yang rata-ratanya...

SEFITRA 2018 Bentuk Sukarelawan Santuni LGBT

SEFITRA 2018 BENTUK SUKARELAWAN SANTUNI LGBT UMMU AL-FATEH AYER KEROH : Program Seminar Fitrah Sejahtera (SEFITRA) 2018 anjuran Lajnah Pendidikan dan Lajnah Dakwah DMPM, NGO Pertubuhan Nur Fitrah, AMNA, PASTI Malaysia, SRITI Malaysia serta Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah yang telah berlangsung pada 14 dan 15 Disember berakhir dengan berjaya mengumpul 150 sukarelawan yang bersedia turun ke medan bagi menyantuni golongan LGBT. Penasihat...