Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Solat Ghaib Untuk Adib

244 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 248/119
10 Rabi’ul Akhir 1440 | 18 Disember 2018

SOLAT GHAIB UNTUK ADIB

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Mengiringi pemergian wira negara Al Marhum Muhammad Adib Mohd Kassim, Parti Islam SeMalaysia (PAS) meminta seluruh umat Islam dari seluruh negara mengadakan solat ghaib untuk Al Marhum selepas solat Isyak pada malam ini.

2. Solat ghaib ini boleh diadakan di masjid, surau atau pusat tarbiyah di kawasan masing-masing.

3. Kita mendoakan agar Al Marhum ditempatkan oleh Allah swt pada kedudukan hambaNya yang soleh serta diampunkan segala dosanya.

4. Takziah jua buat seluruh isi keluarganya dan diharap tabah menghadapi ujian getir ini.

5. Dalam masa yang sama, PAS akan terus perjuangkan agar pemergian Al Marhum tidak sia-sia sebaliknya mendapat pembelaan wajar dari pihak berwajib serta mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya mestilah dibawa kemuka pengadilan.

Islam Memimpin

Sekian