Home Artikel PAS Selangor

Sumbangan ‘back to school’ untuk amilin PAS

123 views
SHARE

SHAH ALAM, 18 Disember : Menyedari akan kos kehidupan dan kos permulaan sekolah yang meningkat ketika ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) mengambil tanggungjawab amal utk menjaga kebajikan amilin-amilin PAS.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Al-Maidah: 2)

Ketua DMPNS Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan dan Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) DMPNS yang prihatan dengan tanggungjawab ini, telah menyampaikan sumbangan “Back To School” kepada kakitangan pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) petang semalam.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapatlah membantu kakitangan pejabat BPPNS sebagai persediaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.