KP Melaka sertai gotong-royong JAM Melaka
Oleh : Abu Hadif KOTA MELAKA, 23 Nov : Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Bilal Ruhuddin telah menyertai bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong Jabatan Amal Malaysia (JAM) negeri Melaka yang telah diadakan bertempat di markas JAM Melaka di Bukit Larang Telok Mas, pagi semalam. Aktiviti tersebut yang dikendalikan oleh Komandan JAM Kota Melaka, Husin Mohd Salleh telah dihadiri seramai 20orang anggota JAM...
Banjir : AMAL Melaka kurangkan resah penduduk
Oleh : Abu Hadif JASIN, 23 Nov : Mangsa banjir di Kampung Tehel, Batu 10 hari ini berasa lega berikutan kehadiran pasukan operasi bantuan banjir anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Melaka yang turut bersama membantu untuk membersihkan rumah-rumah mereka yang terkesan setelah air surut akibat banjir yang berlaku semalam. Muhammad Sani, salah seorang mangsa banjir menyatakan rasa kesyukuran atas bantuan yang...
Gotong-royong Perdana JAM Melaka
Oleh : Abu Hadif KOTA MELAKA, 23 Nov : Seramai 20 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) negeri Melaka telah bersama-sama turun membantu untuk bergotong-royong membersihkan dan menceriakan markas JAM Melaka di Bukit Larang Telok Mas, pagi semalam. Komandan JAM Kota Melaka, Husin Mohd Salleh yang mengetuai program berkenaan telah bertindak dengan memohon bantuan tenaga anggota JAM daripada semua kawasan di...
Misi bantuan mangsa banjir Durian Tunggal diteruskan
Oleh : Al-Ansari ALOR GAJAH, 23 Nov : Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan menziarahi sebanyak 15 buah rumah yang terkesan untuk diberi sumbangan, di Kampung Bukit Tambun, di sini, pada pagi semalam. Misi yang diketuai Pengarahnya, Azman Ahmat ini turut disertai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin. Menurut...
Permatang Badak bersiap hadapi tengkujuh dengan gotong royong
23 November 2020 Penulis: Fitry Abdullah Kuantan :: Sebagai persediaan menghadapi ketibaan musim tengkujuh, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan mengadakan gotong-royong membersihkan parit utama berhampiran Kampung Permatang Badak, dekat sini. Program itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), SWCorp Kuantan, Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang, PAS Cawangan...
PAS Masjid Tanah bantu ibu tunggal anak 8
Oleh : Zul Sham Mahat MASJID TANAH, Nov 23 : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abd Rahman telah melakukan ziarah untuk menyerahkan bantuan kepada seorang ibu tunggal di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru. Ibu tunggal tersebut, Aimi Fadilah Edikhail, 31, turut berkongsi pengalaman liku-liku kehidupan serta ujian yang sedang dihadapi beliau bersama lapan orang anaknya yang mana...
Semangat infak luar biasa bantu mangsa banjir – Azman
Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali ALOR GAJAH, 23 Nov : Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Durian Tunggal, Azman Ahmat, menzahirkan penghargaan kepada pihak-pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk program bantuan anjuran PAS kepada mangsa banjir di Parlimen Alor Gajah. "Sebaik sahaja kita merancang untuk program bantuan ini kita telah membuka peluang kepada ahli-ahli dan penyokong PAS untuk menyumbang. "Alhamdulillah,...
PAS Alor Gajah ziarah, mangsa banjir Durian Tunggal
Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali ALOR GAJAH, 23 Nov: PAS Kawasan Alor Gajah (PKAG) telah melakukan ziarah ke kawasan yang dilanda banjir di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini semalam. Banyak aset dan peralatan rosak dan terpaksa dikeluarkan untuk melakukan pembersihan akibat lumpur yang tebal. Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin yang hadir dalam lawatan...
Kasih ibu tunggal menjaga anak OKU dihargai
Oleh : Ibnu Thabit ALOR GAJAH, 23 Nov : Jentera Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia telah menziarahi serta menyampaikan bantuan sumbangan kit makanan asasi kepada seorang ibu tunggal, Azizah Sintol, 49, yang menetap di Taman Kebaya, di sini semalam. Ibu tunggal ini mempunyai empat orang anak di mana salah seorang daripadanya adalah anak kelainan upaya (OKU). Ziarah disempurnakan dengan penyampaian...
Sukarelawan YADIM Raub tinjau banjir kilat
23 November 2020 Raub :: Banjir kilat telah melanda Kg.Lepar dan Kg. Durian Sebatang di daerah Raub malam tadi. Tinjauan di lokasi yang dibuat oleh Ko-ordinator Sukrelawan YADIM Raub, Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa mendapati banjir kilat itu telah melanda empat buah rumah di Kampung Lepar. Hujan lebat telah melanda seluruh Raub dan daerah lainnya di Negeri Pahang sehingga menyebabkan aras air...