Home Berita PAS Melaka

Kasih ibu tunggal menjaga anak OKU dihargai

584
SHARE

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 23 Nov : Jentera Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia telah menziarahi serta menyampaikan bantuan sumbangan kit makanan asasi kepada seorang ibu tunggal, Azizah Sintol, 49, yang menetap di Taman Kebaya, di sini semalam.

Ibu tunggal ini mempunyai empat orang anak di mana salah seorang daripadanya adalah anak kelainan upaya (OKU).

Ziarah disempurnakan dengan penyampaian sumbangan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin kepada ibu tunggal ini.

Azizah yang hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan sumbangan ini, yang mana menurut beliau sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga.

Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Rosela Alwi, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan Ahli Jawatankuasa JPRD PAS Dun Rembia.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)