Home Berita PAS Melaka

PAS Alor Gajah ziarah, mangsa banjir Durian Tunggal

448
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 23 Nov: PAS Kawasan Alor Gajah (PKAG) telah melakukan ziarah ke kawasan yang dilanda banjir di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini semalam.

Banyak aset dan peralatan rosak dan terpaksa dikeluarkan untuk melakukan pembersihan akibat lumpur yang tebal.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin yang hadir dalam lawatan itu turut menyampaikan sumbangan makanan kepada 28 orang mangsa banjir yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Turut bersama dalam ziarah ini ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Durian Tunggal, Azman Amat dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Pihak PAS Kawasan Alor Gajah juga memberikan komitmen untuk meninjau dengan lebih kerap ke kampung-kampung terlibat sekitar Durian Tunggal yang terlibat dengan musibah ini dalam masa terdekat.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)