Home Berita PAS Melaka

PAS Masjid Tanah bantu ibu tunggal anak 8

580
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, Nov 23 : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abd Rahman telah melakukan ziarah untuk menyerahkan bantuan kepada seorang ibu tunggal di Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.

Ibu tunggal tersebut, Aimi Fadilah Edikhail, 31, turut berkongsi pengalaman liku-liku kehidupan serta ujian yang sedang dihadapi beliau bersama lapan orang anaknya yang mana anak yang sulungnya berusia lapan tahun, sementara yang paling kecil berusia tiga bulan.

Beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur kini tinggal di rumah ibunya di Kampung Pantai buat sementara waktu.

Menurut ibu muda ini beberapa pihak bertanggung jawab telah pun datang melawat termasuk daripada JAIM, Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan beberapa pihak lagi dan mereka berjanji untuk mempercepatkan bantuan terhadap beliau.

Justeru atas rasa simpati dan tanggungjawab, Ustaz Imran yang mewakili PAS Kawasan Masjid Tanah telah menyerahkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung ibu tunggal ini.

Selain Ustaz Imran, Pengerusi MTD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul turut menyerahkan sumbangan daripada pihak MTD.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur seperti beras, gula, telur dan lain-lain adalah bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

“Insya-Allah Semoga mendapat perlindungan dari Allah dan dipercepatkan bantuan untuk beliau,” ujar Ustaz Imran kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)