Home Artikel PAS Pahang

Sukarelawan YADIM Raub tinjau banjir kilat

525
SHARE

23 November 2020

Raub :: Banjir kilat telah melanda Kg.Lepar dan Kg. Durian Sebatang di daerah Raub malam tadi.

Tinjauan di lokasi yang dibuat oleh Ko-ordinator Sukrelawan YADIM Raub, Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa mendapati banjir kilat itu telah melanda empat buah rumah di Kampung Lepar.

Hujan lebat telah melanda seluruh Raub dan daerah lainnya di Negeri Pahang sehingga menyebabkan aras air Sungai Lepar naik secara mendadak dan pantas.

Semua mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Mangsa Banjir di Balairaya Kampung Durian Sebatang berikutan aras air naik sehingga mencecah dua kaki dari aras lantai rumah.

Para sukarelawan telah meninjau kawasan terlibat banjir untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana difahamkan banjir turut melanda beberapa buah kampung lain yang berdekatan.

Kerja-kerja pembersihan dan penyucian kawasan perumahan juga telah mula dijalankan dimulai dengan destinasi pertama di Kampung Lepar dan akan diikuti kelak ke kampung-kampung seterusnya.