Home Berita PAS Melaka

Semangat infak luar biasa bantu mangsa banjir – Azman

580
SHARE

 

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 23 Nov : Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Durian Tunggal, Azman Ahmat, menzahirkan penghargaan kepada pihak-pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk program bantuan anjuran PAS kepada mangsa banjir di Parlimen Alor Gajah.

“Sebaik sahaja kita merancang untuk program bantuan ini kita telah membuka peluang kepada ahli-ahli dan penyokong PAS untuk menyumbang.

“Alhamdulillah, kutipan dalaman kita ini berjaya mengumpul dana ini. Ada yang menyumbang secara peribadi sehingga RM300. Ada yang sumbang air mineral.

“Alhamdulillah, inilah yang termampu PAS lakukan untuk masyarakat setempat yang ditimpa musibah ini,” ujar Azman ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka (WARM) dalam program lawatan dan penyampaian sumbangan oleh PAS Kawasan Alor Gajah kepada mangsa banjir yang terjejas di Kampung Bukit Tambun Durian Tunggal di sini semalam.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)