Home Berita PAS Melaka

Gotong-royong Perdana JAM Melaka

454
SHARE

 

Oleh : Abu Hadif

KOTA MELAKA, 23 Nov : Seramai 20 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) negeri Melaka telah bersama-sama turun membantu untuk bergotong-royong membersihkan dan menceriakan markas JAM Melaka di Bukit Larang Telok Mas, pagi semalam.

Komandan JAM Kota Melaka, Husin Mohd Salleh yang mengetuai program berkenaan telah bertindak dengan memohon bantuan tenaga anggota JAM daripada semua kawasan di Melaka setelah mendapati terdapat kerosakan dan beberapa kerja pembersihan yang perlu dilaksanakan segera.

 

Beliau dengan rasa kesyukuran berkata gotong-royong di markas JAM Melaka yang dikenali dengan nama ‘Dataran AMAL Melaka’ ini juga telah dapat diselesaikan dengan jayanya menyaksikan bantuan tenaga daripada pelbagai peringkat umur anggota yang turut sama membantu dengan membawa mesin serta peralatan masing-masing.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memotong pokok tumbang, membaiki kerosakan bumbung, pembersihan bahagian dalam dan luar kawasan tempat program dan sebagainya.

Program tersebut yang berakhir pada jam lima petang itu turut diceriakan dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Bilal Ruhudin yang diiringi oleh Pengarah JAM Melaka, Wahab Taib di tapak gotong-royong.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)