RM450,000 untuk ‘JACK’, Asnaf segera

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 10 Jun: Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM450,000 bagi menjayakan projek Jejak Amal COVID-19 Komuniti (JACK) yang melibatkan “asnaf segera” yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato' Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan RM10,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diagihkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN bermula Jun...

YIK sediakan pelan bersepadu laksanakan PDPR

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 9 Jun: Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyediakan pelan bersepadu merangkumi kaedah penyampaian silibus, kecekapan guru, kesediaan pelajar dan pemantauan kenaziran serta pembabitan ibu bapa secara atas talian bagi mencapai matlamat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 14 Jun hingga 17 Julai ini. Pengarahnya, Engku Rajhan Engku Ismail berkata, PdPR disiarkan melalui Facebook YIK...

18,022 rakyat Pasir Mas sudah divaksinasi

Oleh NORZANA RAZALY PASIR MAS, 9 Jun: Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 13,182 warga Pasir Mas yang sudah pun menerima dos pertama manakala 3,840 lagi telah lengkap dua dos sempena Program Imunisasi COVID-19 bagi jajahan Pasir Mas. “Sejak beroperasi pada 26 April lalu, 18,022 rakyat Pasir Mas telah menyertainya termasuk...

Sambutan rakyat untuk suntik vaksin semakin meningkat – ADUN Guchil

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KUALA KRAI, 9 Jun: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan DUN Mengkebang sudah meningkat kepada 1,000 orang sehari bermula semalam, menghadiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Dewan Sri Guchil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah berpuas hati dengan sambutan baik oleh masyarakat untuk menerima suntikan vaksin. “Saya amat bangga...

Konsep Raja Berperlembagaan Di Malaysia : Peranan dan kuasa perundangan YDP Agong

Konsep Raja Berperlembagaan Di Malaysia : Peranan dan kuasa perundangan YDP Agong ◾Kuasa Legislatif atau Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. ◾ Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa-kuasa berikut : 1. Per. 44 YDPA sebagai sebahagian daripada Parlimen 2. Per. 55 (2) Memanggil dan menangguh sidang Parlimen 3. Per. 40...

Program Outreach Vaksinasi Covid-19 tarik kesedaran rakyat

Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 9 Jun: Seramai 250 penerima bagi dos pertama vaksin telah berjaya hadir ke program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang berlangsung di sini, bermula semalam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin, jangkaan jumlah akan bertambah kepada 650 penerima sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung. “Sebanyak 31 program outreach telah...

Syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah memperoleh keputusan peperiksaan SPM

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. PAS berbangga dengan pelajar yang berjaya mengharungi SPM pada tahun 2020 walaupun terpaksa berhadapan dengan norma baharu akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara. PAS ingin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan jangan pernah lelah untuk menuntut ilmu. Saidina...

Tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 atas keputusan yang diperoleh. Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19 sehingga perlu menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran, kalian tetap berjaya mengharungi fasa penting ini. Semoga kalian diberikan kejayaan dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diambil. Jangan berputus asa dan teruskan usaha dalam menuntut ilmu. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan...

ADUN, JPV turun padang pantau penularan penyakit LSD di sempadan

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA TUMPAT, 8 Jun: Menyedari kebimbangan penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang menyerang haiwan ruminan seperti lembu dan kerbau di Kelantan khususnya membabitkan kawasan berdekatan sempadan negara Thailand, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO turut serta dalam...