Home Berita PAS Terengganu

RM 23 ribu untuk Aid4Palestin dari Majlis Guru Besar Daerah Marang

97
SHARE

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Selaku Duta ke Timur Tengah, sememangnya pihak Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat meraikan dan menggalakkan mana-mana pihak untuk terus menerus menyalurkan sumbangan kepada saudara seislam kita di Palestin.

Rentetan itu, kita sangat mengalu-alukan kedatangan pihak MGB (Majlis Guru Besar) daerah Marang ke pejabat ini pada hari ini untuk memberi sumbangan buat rakyat Palestin hasil kutipan guru-guru besar di daerah ini bernilai RM 23, 000 yang akan disalurkan terus ke akaun Aid4Palestin.

Mewakili Dato Seri Tuan Guru, Cikgu Harun -Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Marang berkata “Kecaknaan beginilah yang perlu dihidupkan sepanjang masa, bukan hanya pada waktu kemuncak atau bermusim sahaja. Rakyat Palestin akan terus dibantu bagi meringankan beban yang ditanggung mereka”.

#MarangSejahtera #KerajaanPrihatin