Home Berita PAS Kedah

ADUN Pedu perihatin pemasalahan masyarakat

24
SHARE

Oleh: TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 17 Jun: Angin yang kuat di titi panjang kampung belukar luas pada hari Isnin lalu telah menimpa rumah penduduk. Alhamdulillah selepas mendapat berita Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin selaku ADUN Pedu terus turun bersama sama dengan kakitangan pusat khidmat wakil rakyat DUN Pedu.

Bersama sama dengan pegawai khas pusat khidmat Encik Mohammad Talib pergi ke rumah pemilik rumah yang ditimpa pokok iaitu En Anuar Ariffin 61 tahun dan menyampaikan sedikit sumbangan dan melakukan tinjauan. Setiausha JPKK Kampong Belukar Luas Mohd Najib Razak turut hadir bersama.

Simpati dan sebak dirasa atas apa yang berlaku. Sementara menunggu Anuar pulang dari balai polis kerana membuat laporan, YB segera menelefon Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang terdekat untuk memotong pokok tumbang tersebut.

Setelah 20 puluh minit, pasukan JPAM sampai. Pasukan tersebut melakukan operasi memotong dan mengalihkan dahan-dahan pokok dari bahagian rumah yang ditimpa pokok tersebut.

Kejadian sebegini sering berlaku kerana keadaan pokok yang ada berhampiran dengan kediaman penduduk serta pokok yang uzur perlu pemangkasan  atau memotong terus supaya pada musim hujan lebat dan berangin ribut kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Pemilik rumah juga akan alami kerugian akibat kerosakan pokok timpa rumah jika tidak segera ambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Seusai tinjauan dan lawatan tersebut YB Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin terus pergi meninjau ke sebuah rumah yang dimakan anai-anai di Kampong Bunga Pedu. .

Pengerusi JPKK Kampong Bunga Encik Praset turut hadir menjadi wakil pengurusan tinjauan pada petang itu.

Pasukan YB tinjau keadaan diluar rumah sahaja dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada keluarga tersebut melalui Encik Praset.

Hasil tinjauan didapati rumah tersebut perlu dibaiki segera agar pasangan yang mempunyai tiga orang anak tersebut tinggal dengan lebih selesa. In Shaa Allah pejabat pusat khidmat akan berusaha membantu pasangan tersebut.