Home Berita PAS Terengganu

Bantuan ‘lock down’ DPPKM bagi pemuda yang terkesan di Marang

47
SHARE

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Lujnah Kebajikan dibawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) selesai menyerahkan bantuan PKP sempena musim pandemik Covid-19 pada hari ini.

Sumbangan berupa keperluan harian tersebut berjaya diserahkan kepada Ketua Penyelaras DUN masing-masing di kawasan yang terlibat dan akan diserahkan kepada pemuda-pemuda yang layak.

Sebanyak 40 pek diagihkan kepada DUN di mana setiap DUN menerima 10 pek makanan. DUN yang terlibat ialah Rhu Rendang, Bukit Payong, Pengkalan Berangan dan Alur Limbat.

Program penyerahan sumbangan ini juga adalah inisiatif Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bagi membantu Pemuda di setiap Kawasan akibat terkesan pandemik Covid-19 Dan PKP yang sedang berlangsung detik ini.

Kita berharap agar kita teruskan berdoa dan bermunajat serta kekal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kendiri di rumah masing-masing.

#StayAtHome #DPPKM #DemiIslam #BantuanLockdown #SumbanganCovid19 #MarangSejahtera