Home Berita PAS Kedah

Bantuan bakul makanan terus bergerak dalam DUN Pedu

58
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

PEDU, 17 Jun : YB Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin membuat rondaan bagi memberi bantuan kepada pengadu yang terputus bekalan makanan di Kampung Tanjung Thai, Keda Bukit Kura dan Kampong Bagan bersama pasukannya pada petang Rabu kelmarin 15 Jun 2021.

Jumlah rumah yang diziarahi dan diberi bantuan bakul makanan sebanyak 13 buah rumah.

Rumah-rumah tersebut terdiri daripada kalangan penduduk yang berlainan bangsa iaitu Melayu dan Siam.

” Saya tidak rasa aman kalau hanya dok di rumah sahaja tanpa memikirkan keadaan penduduk di kawasan saya. Tambah lagi dalam situasi pendemik Covid19. Ramai rakyat yang terjejas kerana terputus bekalan makanan disebabkan tidak dapat bekerja. Saya akan berusaha memastikan masyarakat dalam DUN Pedu mendapat perhatian dan bantuan makanan dalam suasana pandemik covid 19″, kata YB.

Keperihatinan dan usaha menjaga rakyat oleh YB DUN Pedu ini jelas dipamerkan selain ianya salah satu peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.