Home Berita PAS Kedah

Redah pedalaman baling rayu penduduk keluar vaksin

46
SHARE

Oleh FAKHRURAZI AHMAD

BALING – Redah lima buah kampung di kawasan pedalaman untuk pujuk penduduk keluar menerima vaksin menggunakan siar raya yang dipasang pada kenderaan.

Usaha itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris dengan kerjasama Jabatan Penerangan daerah Baling semalam.

Abd Nasir berkata, beliau mahu memastikan penduduk di kawasan yang tiada akses internet yang baik menerima input tepat berkaitan kepentingan vaksin.

Menurutnya, dalam program itu, penduduk diberikan penerangan ringkas prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia ( KMM) untuk mencegah penularan covid19.

“Saya turut merayu kepada mereka supaya hadir untuk vaksinasi bila sudah dapat janji temu,” katanya kepada media PAS Baling hari ini.

Beliau berharap, kempen berkenaan menyemarakkan lagi pendaftaran vaksin dalam kalangan penduduk di daerah ini.