Hampir 10 ribu sukarelawan MyVac lancarkan proses vaksinasi
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Sehingga kini seramai 9,999 sukarelawan menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) dalam meningkatkan kelancaran proses vaksinasi di selurun negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu memberangsangkan sehingga permohonan terpaksa ditutup sementara. “Sejak bermulanya pemberian vaksin fasa pertama...
Rentas negeri cetus gelombang baharu di Terengganu
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) semalam mengesan sebanyak sembilan kes COVID-19 akibat kegiatan merentas negeri atau dikenali sebagai Import B. Import B merujuk kepada kes COVID-19 yang dilaporkan di sesebuah negeri, namun dipercayai berpunca dari negeri lain disebabkan aktiviti merentas negeri. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes rentas negeri import B masih memberi masalah...
Ibu berdepan detik cemas, sempat selamatkan dua anak
HULU TERENGGANU, 9 Julai - Seorang ibu berdepan detik cemas dalam kejadian ribut di Perumahan Padang Setengge kelmarin selepas atap rumahnya terbang hingga membahayakan nyawa anak kecilnya. Nor Farizan Abdul Rashid, 37, walau bagaimanapun berkata, dia sempat mengeluarkan anaknya yang berusia tiga bulan dan lima tahun dari rumah terbabit. "Kepala angin berpusar datang mengakibatkan atap rumah hadapan terbang menimpa rumah kira-kira...
103 pelajar cemerlang SPM di Setiu terima ganjaran
SETIU, 9 Julai - Seramai 103 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di sini diraikan Ahli Parlimen Setiu atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang 7A dan ke atas. Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, hadiah tersebut sebagai menghargai usaha keras mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. “Alhamdulillah selesai sudah agihan saguhati kecemerlangan SPM 2020 kepada seluruh pelajar dalam Parlimen Setiu yang mendapat keputusan...
Tahniah di atas perlantikan jawatan dan selamat bertugas
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri yang diamanahkan mengurus dan mentadbir negara terutamanya dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara(PPN). Kami mendoakan bahawa dengan perlantikan ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara parti-parti yang membentuk kerajaan...
Utamakan budi bicara dalam penguatkuasaan
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Kerajaan Negeri sentiasa berkomunikasi dengan seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menjalankan penguatkuasaan dengan budi bicara apabila berdepan dengan sebarang kes terutamanya melibatkan peniaga dan penjaja. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia selari dengan polisi asas yang sudah termaktub dalam akta PBT dan sudut penguatkuasaannya. “Jika ada masalah, kita...
Lupus hutang RM8.3 bilion, peneroka felda lega
HULU TERENGGANU, 9 Julai - Keputusan kerajaan untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion menjadi khabar gembira buat mereka. Ketua Peneroka Jerangau Barat, Alias Mat Hasan, 63, menyifatkan keputusan itu satu tindakan yang tepat dan melegakan golongan peneroka yang sekian lama menanti pelupusan sebahagian pinjaman milik mereka. Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup bermakna kepada peneroka...
Cukup bermain politik, fokus kepada rakyat
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – ‘Cukup bermain politik seketika, fokus kepada rakyat,” seru Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, ketika diminta mengulas tentang isu politik dihadapi negara pada masa kini. Katanya, rakyat dalam negara sedang bertarung dengan tekanan ekonomi dan pendapatan terjejas dalam mengharungi kesan pandemik COVID-19. “Buat masa kini ada yang sedang mengalami cabaran dalam...
Covid-19 Melaka | 9 kematian, 222 kes positif dan 2 kluster baharu
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 9 Jul: Sebanyak sembilan kes kematian, 222 kes positif dan dua kluster baharu direkodkan di negeri ini pada hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Daripada sembilan kes kematian itu, lima daripadanya dikesan di Daerah Alor Gajah, dan masing-masing dua kes di daerah Melaka...
Sumbangan Khidmat Malaysia Pandan kepada yang terkesan PKPD – PAS Kawasan Pandan
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi Pandan | Sumbangan kit barangan dapur kepada warga Pandan yang terkesan akibat PKPD/PKP3.0 diteruskan oleh Khidmat Malaysia Kawasan Pandan. Mengikuti perkembangan secara dekat masyarakat setempat, maklumat yang diterima ada sebahagiannya memerlukan perhatian dan bantuan. Barangan sumbangan telah disediakan oleh Saudara Ismat Nasir selaku Setiausaha PAS Pandan dan barangan...