Home Berita PAS Selangor

Sumbangan Khidmat Malaysia Pandan kepada yang terkesan PKPD – PAS Kawasan Pandan

18
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Pandan | Sumbangan kit barangan dapur kepada warga Pandan yang terkesan akibat PKPD/PKP3.0 diteruskan oleh Khidmat Malaysia Kawasan Pandan. Mengikuti perkembangan secara dekat masyarakat setempat, maklumat yang diterima ada sebahagiannya memerlukan perhatian dan bantuan.

Barangan sumbangan telah disediakan oleh Saudara Ismat Nasir selaku Setiausaha PAS Pandan dan barangan tersebut disampaikan oleh Saudara Mohamad Zahriezan selaku Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS kawasan Pandan merangkap Pengarah JPrD Pandan Indah.

Bagi pihak PAS Kawasan dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbang dalam bentuk kewangan dan barangan dapur khususnya keluaran PTP Halal Mart oleh Dewan Muslimat PAS Pandan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor