Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Tahniah di atas perlantikan jawatan dan selamat bertugas

55
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri yang diamanahkan mengurus dan mentadbir negara terutamanya dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara(PPN).

Kami mendoakan bahawa dengan perlantikan ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta mewujudkan pentadbiran negara yang lebih cekap, telus dan amanah.

Kami turut menyatakan sokongan keatas pendirian Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang konsisten menyeru pemimpin dan rakyat supaya meletakkan fokus utama negara adalah menguruskan pandemik COVID-19 masa ini serta bersama-sama mendukung Pelan Pemulihan Negara.

Kami berharap seluruh rakyat Pulau Pinang mengambil sikap patuh dan peka kepada SOP yang ditetapkan serta bersedia mendaftarkan diri dalam program suntikan vaksin bagi menjayakan imuniti kelompok.

Justeru, PAS Pulau Pinang mengucapkan sekalung tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional yang sentiasa berusaha mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara demi kestabilan dan kedaulatan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusoff.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

9 Julai 2021
28 Zulkaedah 1442H