Munajat rakyat Kembali, penyucian jiwa hadapi musibah
Oleh : Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Seluruh umat Islam dalam negeri Terengganu khususnya diajak untuk sama-sama menghidup dan menghayati program Munajat Rakyat 6.0 sebagai ikhtiar mengharungi musibah pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menyeru masyarakat untuk sama-sama beribadat, berselawat dan mengambil ingatan daripada al-Quran dan hadis disampaikan ustaz-ustaz dan...
Pertemuan keluarga, kenduri senyap-senyap punca COVID-19 meningkat
MARANG, 15 Julai - Sikap segelintir individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan pertemuan keluarga dan kenduri secara senyap-senyap menjadi salah satu punca peningkatan kes Covid-19 di Terengganu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus berkata, beliau semakin bimbang pelanggaran SOP itu akan meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Sehubungan itu, katanya,...
Terengganu tambah 100 peratus elaun atlet SUKMA
KUALA NERUS, 15 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersetuju untuk menaikkan elaun atlet prospek emas bagi Sukan Malaysia (SUKMA) yang berumur 22 dan 23 tahun, pada tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan, keputusan itu sebagai tambahan persediaan menghadapi yang berlangsung di Johor nanti. "Kita...
DUN Terengganu bersidang 13 september
Oleh : Husaif Mamat KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri Terenngganu hari ini memaklumkan bahawa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan diadakan pada 13 hingga 15 September depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu disahkan selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan pembukaan sidang DUN Terengganu pada tarikh terbabit. “Makluman akan dihantar kepada...
Covid-19 Melaka | Wanita 27 tahun antara 3 mangsa kematian terbaru
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 15 Jul: Seorang wanita berusia 27 tahun yang mempunyai sejarah penyakit obesiti antara tiga mangsa kematian terbaru di negeri ini hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKNM, mangsa yang berasal dari Mukim Bukit Piatu, Daerah Melaka Tengah itu mendapat jangkitan di tempat...
Sumbangan bakul makanan oleh TYDP PAS Kuala Selangor – PAS Kawasan Kuala Selangor
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor Oleh : Ustaz Mohd Noor Timbalan YDP PAS Kuala Selangor Kuala Selangor | Alhamdulillah hari ini saya dapat turun padang menunaikan amanah menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka yang telah dikenalpasti. Semua barangan dapur yang disampaikan adalah hasil usaha sahabat-sahabat dalam PAS DUN Jeram untuk membantu penduduk yang terkesan dengan perintah...
YDP PAS Kawasan Sabak Bernam aktif bantu rakyat – PAS Kawasan Sabak Bernam
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam Oleh : Umar Al-Hayawi Sabak Bernam | Dikala para frontliners negara sibuk menguruskan pesakit-pesakit Covid-19, barisan NGO-NGO, parti politik dan juga individu perseorangan turut semakin aktif membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Hal ini sejajar dengan bilangan rakyat yang terjejas meningkat saban hari. YDP PAS KAwasan Sabak Bernam, Ustaz Sallehen Mukhyi bersama...
Covid serang semua, bantuan pun perlu diberi untuk semua – PAS Kawasan Puchong
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Puchong Oleh : Umar Al-Hayawi Puchong | Wabak Covid-19 yang menyerang negara kita ini, telah meragut banyak nyawa dan menjejas banyak pihak. Kesan negatif Covid-19 ini melibatkan semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat, kaum, bangsa, agama, pangkat, dan harta. PAS Kawasan Puchong telah menyampaikan sumbangan buat seorang wanita di Pangsapuri PKNS Serdang Jaya, Seri...
PAS Kawasan Pandan turun edar bantuan – PAS Kawasan Pandan
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan Oleh : Umar Al-Hayawi Pandan | Virus Covid-19 menyerang tidak kira siapa, bantuan juga perlu disampaikan tidak kira siapa. Ramai rakyat kini merana terjajas terus dengan pendemik ini. Penguatkuasaan PKP dan PKPD yang menjejaskan pergerakan dan kegiatan ekonomi rakyat turut menjadi faktor kekangan ekonomi mereka. PAS Kawasan Pandan turun untuk mengedarkan bantuan kepada...
Laporan harian program kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi usaha mereka dalam menjaga kebajikan rakyat setempat semasa musim pandemik Covid-19 ini. 1. Seawal jam 7.30 pagi bermula Program Khidmat Masyarakat menghantar pesakit asnaf untuk hadiri temu janji berkala di klinik kerajaan. 2. KRCAMALSELANGOR telah menyiapkan dan menyerahkan 30 set pek...