Home Berita PAS Selangor

YDP PAS Kawasan Sabak Bernam aktif bantu rakyat – PAS Kawasan Sabak Bernam

13
SHARE

 

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sabak Bernam | Dikala para frontliners negara sibuk menguruskan pesakit-pesakit Covid-19, barisan NGO-NGO, parti politik dan juga individu perseorangan turut semakin aktif membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Hal ini sejajar dengan bilangan rakyat yang terjejas meningkat saban hari.

YDP PAS KAwasan Sabak Bernam, Ustaz Sallehen Mukhyi bersama AJK PAS Kawasan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar Pekan Sabak. Sumbangan ini hasil tajaan daripada Koperasi Muslimah Sabak Bernam.

Sejurus selepas itu, beliau bersama Khidmat Malaysia Sabak Bernam terus menuju ke Taman Pertama untuk menyerahkan kerusi roda berbaring dan menghulurkan sedikit sumbangan buat adik haziq. Semoga keluarga adik haziq tabah dan bersabar diatas ujian ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor