Home Berita PAS Selangor

Laporan harian program kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO

KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi usaha mereka dalam menjaga kebajikan rakyat setempat semasa musim pandemik Covid-19 ini.

1. Seawal jam 7.30 pagi bermula Program Khidmat Masyarakat menghantar pesakit asnaf untuk hadiri temu janji berkala di klinik kerajaan.

2. KRCAMALSELANGOR telah menyiapkan dan menyerahkan 30 set pek kecemasan kepada AJK Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Tuan Haji Abdul Rahman Sadikin untuk disumbangkan kepada asnaf yang memerlukan di sekitar Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.

3. Mereka turut bersama dalam penyerahan sumbangan 12 set ‘Oxigen Concentrator’ kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Peralatan ini sangat diperlukan pada waktu ini kerana kebanyakan pesakit positif Covid-19 berjumlah lebih 600 orang di HTAR sangat memerlukannya. Keperluan peralatan ini sangat mendesak.

Justeru KRCAMAL SELANGOR membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama membantu membeli peralatan seperti yang dikehendaki pihak HTAR.

4. Seterusnya, penghantaran juadah makan tengahari kepada anak-anak yatim Ulin Nuha hasil sumbangan orang ramai melalui KRCAMALSELANGOR.

May be an image of 2 people5. Program infaq makanan telah dimasak DapurAmal telah berlangsung seperti biasa. Dibantu oleh Ustaz Jasni dan Tuan Haji Abdul Rahman Sadikin mengedarkannya ke rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim Al Munirah, Institut Taufiq Islami dan Maahad Warga Rohingya Di Johan Setia.

May be an image of indoor6. Penyerahan beras Ashraffi kepada pihak Masjid Al Munawwarah untuk diagih-agihkan kepada asnaf yang bernaung di bawah kariah Masjid tersebut.

May be an image of 1 person7. Menerima sebuah set alat bantuan pernafasan daripada salah seorang penyumbang tetap KRCAMAL SELANGOR, Mr. Leong (Cina Kota Raja). Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Beliau turut memutuskan untuk menyumbang dua set lagi alat ini kepada KRCAMAL SELANGOR.

May be an image of 8 people, people standing and headscarf

8. Program Bantuan Pek Kebajikan Kecemasan diteruskan iaitu serahan kepada seorang penerima yang kini sudah kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan. Beliau menjaga dua orang anak dan seorang ibu tua yang perlu dialisis tiga kali seminggu.

Jom teruskan infaq anda melalui link Onpay KRC :
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor