Home Berita PAS Selangor

PAS Kawasan Pandan turun edar bantuan – PAS Kawasan Pandan

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Virus Covid-19 menyerang tidak kira siapa, bantuan juga perlu disampaikan tidak kira siapa. Ramai rakyat kini merana terjajas terus dengan pendemik ini. Penguatkuasaan PKP dan PKPD yang menjejaskan pergerakan dan kegiatan ekonomi rakyat turut menjadi faktor kekangan ekonomi mereka.

PAS Kawasan Pandan turun untuk mengedarkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Taman Chempaka, Pandan, Selangor. Bantuan berbentuk barangan keperluan asas, dan sedikit bekalan makanan.

Semoga bantuan yang sedikit sebanyak ini dapat membantu mengrangkan sedikit bebanan dantanggungan keluarga mereka, lagi-lagi semasa musim pandemik ini dangan pelabagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi.

Orang ramai boleh turut serta membantu dengan menyumbang kepada Food Bank PAS Cawangan Taman Chempaka yang beralamat di No. 47, Jalan Cempaka 29, Taman Chempaka, Pandan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
1. Hj Samsudin ( Bendahari ) – 019 383 9265
2. Hjh Aini ( Ketua Muslimat ) – 019 391 6424

PAS Kawasan Pandan turut memesan, bagi orang ramai yang hendak menyumbang boleh datang ke alamat di atas atau menghubungi nombor-nombor di atas. Bahan-bahan makanan asas ( kering ) dan wang ringgit sangat dialu-alukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor