Home Berita PAS Selangor

Covid serang semua, bantuan pun perlu diberi untuk semua – PAS Kawasan Puchong

12
SHARE

May be an image of 1 person

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Puchong

Oleh : Umar Al-Hayawi

Puchong | Wabak Covid-19 yang menyerang negara kita ini, telah meragut banyak nyawa dan menjejas banyak pihak. Kesan negatif Covid-19 ini melibatkan semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat, kaum, bangsa, agama, pangkat, dan harta.

PAS Kawasan Puchong telah menyampaikan sumbangan buat seorang wanita di Pangsapuri PKNS Serdang Jaya, Seri Kembangan. “Terima kasih dik atas sumbangan ni ya” bisik makcik tersebut atas sumbangan yang diterimanya daripada Team Kebajikan Cawangan PAS Pangsapuri PKNS.

“Sumbangan disampaikan kepada keluarga yang terjejas daripada pelbagai kaum” kata mereka. Semoga segala bantuan yang diberikan memberikan manfaat, baik untuk keluarga penerima dan juga para penyumbang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor