Home Berita PAS Selangor

Sumbangan bakul makanan oleh TYDP PAS Kuala Selangor – PAS Kawasan Kuala Selangor

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Ustaz Mohd Noor

Timbalan YDP PAS Kuala Selangor

Kuala Selangor | Alhamdulillah hari ini saya dapat turun padang menunaikan amanah menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka yang telah dikenalpasti.

Semua barangan dapur yang disampaikan adalah hasil usaha sahabat-sahabat dalam PAS DUN Jeram untuk membantu penduduk yang terkesan dengan perintah PKPD.

Rata-rata saya nampak keluarga tersebut ada yang diberi cuti kerja dan terputus pencarian nafkah harian asbab Covid-19.

Kesian dan simpati saya terhadap mereka kerana ada dalam kalangan mereka yang hanya makan maggie untuk kelangsungan hidup kerana bekalan yang lain telah kehabisan.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PAS Dun Jeram agar dapat kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : Maybank Berhad
No. akaun : 5628-4352-0969
Akuan : PAS CAWANGAN FASA 2
Hubungi wakil PAS DUN Jeram ditalian :

012-3000949 (Tn. Hj Mohamad Ismail)

Semoga segala usaha kita sehingga hari ini membuahkan hasil dan diiringi dengan doa daripada mereka yang mendapat manfaat daripada sumbangan yang kita berikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor