PAS Kawasan Masjid Tanah ucap selamat hari jadi TYT Ke-72
Seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah menzahirkan rasa penuh sukacita di atas ulangtahun kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke 72 pada 24 Ogos 2021. TYT Tun adalah kebanggaan seluruh rakyat Melaka kerana TYT Tun merupakan anak jati Melaka pertama yang berada pada jawatan ini yang...
Guru PASTI terima sumbangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau
Oleh RUSILAH MD SOM RANTAU, 24 Ogos : Salah seorang guru PASTI Tahfiz Al Pintar menerima sumbangan kewangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau, kelmarin. Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKK) PAS Kawasan Rembau, Ishak Omar telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada guru PASTI Tahfiz Al Pintar, Norliana Abu Bakar bertempat di alamat, No 16, Rumah Rakyat Sri Lalang, di sini. Menurut Ishak...
Selamat hari ulang tahun kelahiran Ke-72 TYT | PAS Melaka
Kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Semoga TYT Tun dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat oleh-Nya. ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK • Pesuruhjaya PAS Melaka • Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
Jabatan Amal berjaya baikpulih bekalan air untuk penduduk terjejas
OLEH: ROZAIDI TAIB GURUN, 24 OGOS – Petugas jabatan Amal hari ini berjaya melakukan baikpulih sistem perpaipan bekalan air yang terputus untuk penduduk kampung ekoran tragedi "Kepala Air" Gunung Jerai pada hari Rabu lalu. Pengarah program, Mohd Nakhaie Hassan berkata bekalan air tersebut untuk menampung 30 buah rumah di Kampung Sungai Badak yang terletak di kaki Gunung Jerai, di sini. "Seramai 150...
Gajah liar nak kena pindah ke Terengganu dah..
Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR BALING- Gajah jantan liar lingkungan berusia 18 sehingga 20 tahun yang mengundang kebimbangan penduduk apabila sering merosakkan tanaman penduduk di Kampung Bukit Hijau, Kupang di sini berjaya ditangkap untuk dipindahkan, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang , Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad berkata, haiwan itu juga dikatakan menghampiri kawasan penempatan penduduk dan merosakkan tanaman...
Prihatin akan musibah
Oleh: JAMSARI SAMAD PERMATANG PAUH, 24 OGOS - Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Mansor Che Dan menyeru semua pihak memandang pandemik Covid-19 dari persepektif berbeza, iaitu peluang untuk memupuk empati, meningkatkan ketaqwaan dan rasa syuku kepada Allah SWT. Menurutnya, di sebalik suasana masyarakat hari ini yang semakin dicengkam kesusahan, keresahan, kesihatan serta ketidaktentuan pendapatan, amalan memberi dan bersedekah semakin subur. “Alhamdulillah ada...
Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah turut membantu masyarakat
Oleh: NAZRI ABD HAMID NIBONG TEBAL, 24 OGOS - Prihatin akan musibah yang menimpa ahli qaryah yang menjadi mangsa Covid-19 di sini, Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Qaryah Bandar Tasek Mutiara telah mengambil langkah awal untuk membantu mangsa disini. Masjid ini baharu sahaja dibuka pada 14 haribulan 2021 yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Mohd Anur bin Hj. Hussin....
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang agih sumbangan pasca banjir
BALIK PULAU, 24 OGOS - Khidmat Malaysia Balik Pulau bersama Muslim Care Malaysia telah memberikan sumbangan pasca banjir kepada beberapa buah rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau hari ini. Sumbangan yang berupada tilam, bantal dan bakul makanan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian mangsa banjir yang terjejas ditambah lagi dengan keadaan pandemik COVID-19...
Terengganu peruntuk RM250,000 kepada pengusaha melon manis
Oleh: Mastura Jamal Din KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Terengganu memperuntukkan RM250,000 kepada pengusaha fertigasi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata insentif yang diberikan kepada 47 pengusaha MMT itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap sektor pertanian yang merupakan salah satu penyumbang kepada...
Lebih 90 peratus guru di Terengganu sudah divaksin
Oleh:Mastura Jamal Din KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Lebih 90 peratus warga pendidik di negeri ini selesai menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah sekiranya diumumkan kelak. Pengarah Pendidikan negeri, Salim Abd Ghani berkata hampir semua guru menyambut baik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Katanya, Terengganu...