Home Berita PAS Pulau Pinang

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang agih sumbangan pasca banjir

36
SHARE

BALIK PULAU, 24 OGOS – Khidmat Malaysia Balik Pulau bersama Muslim Care Malaysia telah memberikan sumbangan pasca banjir kepada beberapa buah rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau hari ini.

Sumbangan yang berupada tilam, bantal dan bakul makanan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian mangsa banjir yang terjejas ditambah lagi dengan keadaan pandemik COVID-19 sekarang ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap YDP PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan turut disertai oleh wakil-wakil daripada Muslim Care Malaysia Tuan Haji Johari Ismail Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia serta exconya saudara Safwan Ujar dan diiringi Ketua Operasi Khidmat Malaysia Balik Pulau saudara Razis Rahman.

“Banjir pada kali ini agak teruk dan berpunca daripada banyak pengondolan bukit-bukit yang tidak dikawal dan paras air juga naik agak tinggi sehingga ke paras pinggang yang menyebabkan kerosakan keseluruhan barangan rumah – Ujar Ustaz Muhammad Fauzi.

Sebelum itu, selepas sehari daripada hari berlakunya banjir kilat, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau bersama Pemuda PAS Kawasan telah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa-mangsa banjir.

Mewakili PAS Kawasan Balik Pulau, Ustaz Muhammad Fauzi mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan berdoa agar semua tabah dalam menghadapi dugaan ini dan dengan sumbangan ini dapat membantu mereka.