Home Berita PAS Pulau Pinang

Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah turut membantu masyarakat

85
SHARE

Oleh: NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL, 24 OGOS – Prihatin akan musibah yang menimpa ahli qaryah yang menjadi mangsa Covid-19 di sini, Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Qaryah Bandar Tasek Mutiara telah mengambil langkah awal untuk membantu mangsa disini.

Masjid ini baharu sahaja dibuka pada 14 haribulan 2021 yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Mohd Anur bin Hj. Hussin. Walaupun dalam serba kekurangan sumber kewangan, pihak masjid tetap merancang beberapa program bantuan kepada masyarakat.

“Kami telah berjaya mengumpul sumbangan dari penduduk dan qaryah setempat sebanyak sepuluh ribu ringgit untuk membeli dua buah mesin bantuan pernafasan RP Everflo Oxygen Concentrator bagi membantu mangsa Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen yang di kuarantin dirumah ketika ini”, ujar Ustaz Anur yang juga imam di masjid berkenaan.

Dalam keadaan yang sukar ini, ia dapat membantu pesakit untuk menerima bantuan awal sebelum ditempatkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Untuk melancarkan proses bantuan berkenaan, Pihak masjid telah mewujudkan pasukan bantuan kecemasannya sendiri bagi memantau dan melapurkan situasi tahap kesihatan ahli qaryah kepada Pihak Masjid.

Ini amat penting bagi menyusun dan menyelaras setiap bantuan yang diperlukan bagi meringankan bebanan mangsa dalam barangan dapur,bantuan duit belanja dan lain-lain.

Pihak masjid juga menyediakan makanan bermasak 2 kali sehari kepada ahli qaryah seisi keluarga yang kuarantin hingga tamat tempoh kuarantin .

Menurut Ustaz Anur yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang ,”Selain dari itu Pihak Masjid juga memerlukan sebuah Van Jenazah yang akan diwakafkan kepada seluruh penduduk sekitar. Kami memerlukan perbelanjaan Seratus Lima puluh ribu ringgit untuk melaksanakan pembelian Van Jenazah dan peralatannya berkenaan.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 557 2231 062 70 diatas nama Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah atau hubungi 012-444 3510.