Home Berita PAS Kedah

Gajah liar nak kena pindah ke Terengganu dah..

190
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

BALING– Gajah jantan liar lingkungan berusia 18 sehingga 20 tahun yang mengundang kebimbangan penduduk apabila sering merosakkan tanaman penduduk di Kampung Bukit Hijau, Kupang di sini berjaya ditangkap untuk dipindahkan, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang , Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad berkata, haiwan itu juga dikatakan menghampiri kawasan penempatan penduduk dan merosakkan tanaman seperti pisang, dokong, anak getah dan kelapa sawit.

“Gajah berkenaan berjaya dibawa keluar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara( PERHILITAN) dengan bantuan dua ekor gajah denak.

“Ia akan dipindahkan ke Terengganu pada esok,”katanya selepas meninjau lokasi tangkapan gajah berkenaan.

Beliau berharap, mana-mana penduduk yang berdepan ancaman gajah selepas ini segera melaporkan kepada PERHILITAN dan tidak mengambil tindakan sendiri sebagai langkah keselamatan.

Turut hadir, Pegawai PERHILITAN Baling, Nor Sharim Mohd Noor dn Penghulu Kupang Badrul Hisham Che Li.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”