Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah ucap selamat hari jadi TYT Ke-72

30
SHARE

Seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah menzahirkan rasa penuh sukacita di atas ulangtahun kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke 72 pada 24 Ogos 2021.

TYT Tun adalah kebanggaan seluruh rakyat Melaka kerana TYT Tun merupakan anak jati Melaka pertama yang berada pada jawatan ini yang memiliki kedudukan tertinggi dalam hieraki kerajaan Negeri Melaka.

Kami sentiasa berdoa semoga TYT Tun akan sentiasa diberikan kekuatan memimpin negeri ini dan menaungi kami seluruh rakyat Melaka.

Semoga TYT Tun dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat olehNya.

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
Yang Dipertua
PAS Kawasan Masjid Tanah

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN