Home Berita PAS Negeri Sembilan

Guru PASTI terima sumbangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau

56
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

RANTAU, 24 Ogos : Salah seorang guru PASTI Tahfiz Al Pintar menerima sumbangan kewangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau, kelmarin.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKK) PAS Kawasan Rembau, Ishak Omar telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada guru PASTI Tahfiz Al Pintar, Norliana Abu Bakar bertempat di alamat, No 16, Rumah Rakyat Sri Lalang, di sini.

Menurut Ishak Omar, terdahulu, Norliana Abu Bakar telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak PAS setelah keluarganya terjejas pendapatan kesan daripada pandemik Covid-19,

Keluarga Norliana amat memerlukan bantuan kewangan tersebut bagi menjelaskan bil utiliti yang tertunggak serta bayaran yuran pengajian anak sulung yang akan menyambung pelajaran ke Politeknik Port Dickson, kata Ishak lagi.

Suami Norliana, Mohd Fadili Ab. Jalil, bekerja sendiri dengan menyara 5 orang anak, merasa amat terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19 melanda negara, kata Ketua LKK PAS Rembau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Rembau, Azamah Awang.